Wednesday, 30 September 2015

Rokok, vape

Assalamualaikum. Okay,hari ni after class aku balik rumah and terus rasa excited nak update blog. Bcause my mood is coming :) 

Aishah dengan rokok atau vape adalah musuh! Please,tolong ingat tu sampai bila2. Seriously,I don't like it. Aku tak benci dekat orang yang rokok tu,tapi aku benci dekat asap yang berkepul2 masuk dalam rongga pernafasan aku and terus ke paru2. Aku serious tak suka! 

Dekat tempat aku belajar ni memang kawasan di larang merokok. But still have one special place, di mana orang selalu lepak2 situ untuk smoking and vape on. That's not the real problem, the problem comes out when that place menjadi laluan utama orang lain. Bila aku lalu situ je,aku sanggup tahan nafas sampai depan lift baru hembus. Aku tak sanggup nak sedut asap rokok tu.. dah la busuk and membahayakan kesihatan of course. Eiiiiiii...

But I am proud with those yang segan nak smoking depan perempuan. Some people think smoking ni boleh nampak macho la padahal tak langsung. Korang seolah2 bakar diri sendiri. Hmm. But depends la,life korang kan. I know that aku tak patut ganggu hidup korang dalam hal ni. Korang dah besar panjang pun. Tapi kalau benda ni ada kaitan dengan hukum agama,so I am sorry to say that aku kena straight to the point cakap  dengan korang yang aku tak suka bila korang  merokok depan aku. Just respect la dengan orang sekeliling, okay? Kalau asap rokok tu dapat menyembuhkan penyakit, aku sanggup kau hembus asap tu depan hidung aku.. Err haha. If and only if but its not like that.

So, to all smokers and vaperss..
Korang tahu nilai duit, kan? Korang sedar keburukan merokok, kan? Please, sayang diri korang. Aku sedih bila tengok remaja sekarang merokok sampai boleh habis half kotak in one day. Korang harapan bangsa kot. Untuk lelaki, korang akan jadi ketua keluarga. Korang sanggup nak fed up isteri and anak korang dengan asap rokok? Ya Allah, tolong fikirkan masa hadapan korang. And please.. gunakan otak yang Allah bagi tu dengan baik untuk fikir baik dan buruk. For women yang merokok tu, korang bakal melahirkan zuriat yang comel dan hebat. Janganlah rosokkan bakal zuriat tu. Tolong fikir betul2, okay? Aku just nak cakap, aku sayang dengan remaja sekarang. Walaupun aku tahu, diri sendiri pun bukanlah remaja yang hebat mana ;(

Kecewa bila tengok kawan sendiri dah mula berjinak2 dengan rokok. Ada yang dalam kelas selamba je hembuskan vapour. Sakit tau tak hidung ni. Aku tahu pengaruh kawan kuat and korang ada rasa nak cuba something new, kan? I know. I understand. Salah satu cara untuk nak selamatkan diri korang.. Korang cubalah dengar nasihat kawan korang yang tak merokok ni, okay?

For those yang tak merokok, jangan lah sesekali berjinak2 dengan benda alah ni. Benda macamni, bila korang dah terjebak, confirm memang susah nak stop. So, please sayang sayang aku semua. Jangan okay. Aku sayang korang sangat and aku tak sanggup tengok korang buat benda yang merosakkan diri sendiri ni.



Tuesday, 29 September 2015

Jodoh part 2

Hai hai hai. Assalamualaikum :)

Why lately everyone tends to talk about marriage? Heyy.. You guys dah ready ke? Yes,i know.. Its okay to think about it. Apa orang kata,plan awal2 kan.. Tapi guys,aku ni takde lah teror sangat pasal bab2 ni. Korang nak tanya pendapat aku. Hmm. Aku just cakap ikut hati je la. Kalau nak cakap ikut pengalaman memang seriously aku takde. So sorry ;p

Tadi ada lah sorang junior ni tanya aku.
"Akak bila nak khawin?"
and I was like,again another person ask me about that topic. Hwarghhh. Kenapa aku takde rasa nak khawin ni. Ke aku tak normal? Then,aku just jawab..
"Kalau akak taknak khawin boleh ke?" err.. haha. sorry dik. I am not interested with that topic. Akak nak hadam bab pelajaran pun rasa macam tak mampu lagi. Ni kan pulak nak fikir pasal boyfriend,of course la nak kena jaga hati dia bla bla bla semua tu kan. I am not ready yet to give my attention to anybody. Akak taknak kecewa dengan benda ni semua. Janji yang tak pasti,kan?

Aku macam manusia lain jugak,still got feelings what. Tapi aku cuba hadkan perasaan aku. Aku still ingat lagi dengan kata2 ni.

"JANGAN BIARKAN CINTA MENGAWAL IMAN,BIARLAH IMAN MENGAWAL CINTA"

I realise that I am not a perfect woman to anybody but I am trying to be the one. Biarlah aku bercinta dengan ilmu puas2. Nanti aku cerita tentang kisah aku dengan kekasih hati aku yang buatkan hidup aku bahagia dan mampu lupakan cinta manusia yang sementara tu. Sesiapa kekasih hati aku tu? Baru je cakap tadi. Encik Ilmu yang selalu menerangi hariku :*

Monday, 28 September 2015

Jodoh

Assalamualaikum J
Jodoh. Hmm.. korang pernah tak terfikir nak cari jodoh cepat2? Nak ada rasa orang caring pasal kau, sayang kau, wish gudnite sebelum tidur, say I love you everyday, panggil kau sayang, pujuk kau bila merajuk.. Err,ok.. Hakikatnya aku nak tapi aku geli nak ungkapkan benda tu sekarang. Ya Allah,aku tak tahu lah aku ni normal ke tak :’(

Ye,memang aku nak sangat ada someone special tapi aku yakin yang perasaan ni main2 je. Aku ni remaja,just nak try something new. That’s all. Bila kawan aku couple,aku pun teringin nak cuba. Hakikatnya aku bukan serious sangat pun. Nak test2 je,cucuk jarum cenggitu. Tak ke buang masa macamtu?

Aku susah nak percaya dengan lelaki sekarang. Ye,tu lah hakikatnya. Aku takut dia main2kan aku and aku sendiri tak sure sama ada nanti aku serious ke main2. Aku takut nak accept lelaki but at last dia bukannya jodoh aku tapi sepanjang berkenalan tu aku dah bersayang2 dengan dia.. Tapi tak jadi khawin. Tak ke malu nanti (*_*)

Sekarang ni hati aku susah nak mengiyakan bila orang kata dia suka aku,sayang aku,cinta aku bla bla bla.. Bukannya takde orang yang cakap macamtu,ada je.. Tapi semuanya aku reject dengan bermaruah. Jawapan aku hanya satu.. Kalau ada jodoh takkan ke mana. Betul lah kan?

Mungkin aku tengah usaha nak baiki diri  aku untuk orang yang layak je. Aku nak focus kat life aku yang kucar kacir sebabkan study yang susah giler tu. Aku nak curahkan kasih sayang aku dekat family aku dulu. Mana boleh tiba2 ada seorang lelaki datang dalam hidup aku,janji dengan aku kononnya nak sehidup semati last2 hanya mampu cakap je tu musnahkan segala impian aku. Yang penting,aku takkan biarkan lelaki macamtu musnahkan usaha aku untuk jadi insan hebat di sisi Allah.

Allah,kau tahu apa yang aku rasa. Kau tahu selama ini aku berusaha jaga diri aku daripada cinta manusia yang melalaikan. Aku berusaha ya Allah sehingga tiba waktu yang sesuai. Aku taknak jadi perempuan yang merosokkan iman lelaki,buat mereka lalai dan jauh dariMu. Aku tahu semua itu dosa. Allah,aku taknak terlibat dalam maksiat ini. Aku tak sanggup. Kuatkan hatiku untuk mengejar cintaMu.

Tipu lah kalau aku tak pernah suka orang. Aku pernah je kot. And perasaan tu masih kuat sampai sekarang. Aku pernah cerita pasal dia kat some of my friends. Walaupun its better not to tell anyone if you like him. Tapi kan.. dia dah ada orang lain. Haha. Lawakkan? Don’t worry,aku tak gila pun. Just nak cakap,perasaan aku tak pernah berubah. Sampai bila tu aku tak pasti. Hmm.

Aku pernah tulis cerpen pasal dia dalam satu buku. Banyak sangat yang aku coret dalam buku tu pasal kiteorang but sampai hari ni aku tak jumpa buku tu. Aku tak ingat kat mana aku letak buku tu. Last aku kemas almari buku tu 3 bulan lepas tapi seriously aku hilang ingatan jap kat mana aku letak buku tu.  Aku cuma harap parents aku tak baca buku tu kalau tak mana lah aku nak letak muka ni? Malu kot. Dah la ada nama dia dalam buku tu. Besar lagi aku tulis tau. Buku tu aku buat since aku form 1 lagi.. Masa tu tahun 2009. Lama tak? Hee^^ Lama tu jugaklah aku masih setia dengan perasaan ni. Kalau orang lain masuk meminang aku,mungkin aku lambat la kot nak respond.. Tapi kalau die masuk meminang haha soalan pertama aku.. Mana girlfriend lama awak? Haha. *walaupun gembira. Okay,dah jangan berangan.

Tapi aku dah lama tak contact dia. Biarlah,aku tak kisah. Walaupun aku sayang dia sangat2 tapi tak bermakna dia akan jadi suami aku kan? Aku redha. Di adalah my first love. Orang kata susah eh nak lupakan first love? Hmm,ye la kot. Selepas dia,aku susah nak buka hati ni untuk orang lain. You guys doakan jodoh aku dengan dia eh? Haha. Okay,main2 je lah. Aku tak kisah pun. K la,malas nak fikir pasal jodoh. Nak study. Babai :*


Monday, 21 September 2015

Be myself is me

Ramai yang tertanya,Aishah dah berubah ke? Kenapa sekarang Aishah macam yang lain. One thing I want to say.. 

"Guys,I won't be the old me all the time. People change by time and I did. I am going the process which is called life which had taught me to not stay same forever and it forced me to create my personality. It was really a hard time for me because I lost my friend day by day with the reason I am changed. But one day,I found a quote said if I lost friends meant I have been grew up with my own feet and found myself. Its okay guys,at least I knew the true friends will stay"

Masak

Assalamualaikum :) Okay,hari ni aku nak  post pasal masak. Masak? Aishah teror masak ke. HAHA.
Boleh lah teror tu sekadar masak campak,baca bismillah semua dengan hati yang sedap.. Then.. TARAAA. Dah siap. Hahaha.. Okay,lawak hambar~

Actually macam ni,semalam aku memang nak target masak untuk my housemate terchenta. Haaa.. Cerita pasal my housemate kan.. Sumpah dorang terlalu baik dengan aku. Farah selalu amek dan hantar aku pergi kelas (Err.. Dia hantar semua la and dia pergi kelas sekali. Hihi) Nak buat macam mana kan,dia je driver bertauliah antara kami. Ainun,Gie n Syawal pulak selalu masak sedap2. Aku makan je apa yang dorang masak. Alhamdulillah aku tak pernah tolak apa yang dorang masak and hopefully selamanya aku makan masakan dorang sebab siapa suruh masak sedap sangat? Haha. Tak lupa juga Farah and Siga. Whatever yang dorang masak aku ngap terus!

Okay2,sambung cerita. Tak kan lah aku asyik nak makan je kan? Kadang2 tu akan timbul rasa serba salah jugak bila kau tak masak walaupun dorang takde lah berkira sangat dengan kau. Huhu. So bangun tidur je,memang aku niat balik kelas ni nak masak! Kat kelas pun asyik fikir je nak masak apa,beli barang apa.. Nampak tak semangat aku tu? Haha. Then,aku just decide nak masak dengan bahan yang ada kat rumah je. So,fikir punya la fikir punya la fikir.. Aku decide nak masak TELUR MASAK KICAP :) Aku nak reka menu sendiri and target nak masak pedas2. Alhamdulillah bahan semua cukup then aku masak je la kat dapur tu. Nak resipi? Rahsia dan hak milik terpelihara. Harap maaf. hihi.

Aku rasa masak tu takdelah sedap mana pun. Seriously,ni bukan #acahacah. Tapi bila tengok dorang bertambah,I AM HAPPY like serious nasi 6 pot boleh habis sebab semua bertambah (actually ada lebihan nasi sikit hee). Dorang takdelah cakap sedap,tapi cukup sekadar korang makan berselera and impian aku nak balas jasa korang yang selalu masak untuk aku tu achieved! Thanks korang. Aku masak apa je korang sanggup makan. Aku terharu. Semoga Allah pelihara korang baik2 dan friendship ni last ever. 

Tuesday, 15 September 2015

Orang lain

Perlu ke aku fikir pasal orang lain,sedangkan nanti aku jugak yang sedih? Perlu ke? okay,aku rasa jawapannya mestilah TAK.  Buat apa aku fikirkan insan2 yang hakikatnya bukan tolong aku masuk syurga pun. Dorang bukannya yang membakar semangat aku untuk jadi lebih baik. Dorang bukannya selalu tanya perihal aku ke,ada time susah senang aku,yang faham aku. So untuk apakan aku buang masa dok sedih sebab dorang buat aku macam stranger. Ya Allah,nampak tak aku tengah sedih ni. Cuma aku tahan je air mata ni daripada meleleh. 

Hmm.. Aku tahu. Lagi aku mengaharapkan manusia,lagi aku kecewa. Manusia memang mengecewakan,kadang2. Sebab memang takde manusia yang sempurna. Susah nak jumpa hati manusia yang penuh dengan kemaafan,kasih sayang,tiada dendam,hasad dengki. Sebab aku pun tak dapat lagi nak jadi macamtu. hmm *mata pandang ke bawah dengan penyesalan.

Aku tahu aku pun pernah sakitkan hati orang. Sebab tu bila dorang buat dekat aku,aku cuba sabar tersangatlah sabar. What goes around comes around,right? Ni mungkin karma la kot. Siapa suruh pernah buat dekat orang macamtu,kan? Well,tu time zaman jahiliyah aku la. Kau ingat kau sorang je ada kisah silam? Hee

Biar patah hatiku,biarkanlah~  Haha. Dah2 la tu  feeling2. Life goes on,babe! Biarkan biarkaaann.. Aku maafkan dorang. Ikhlas ke x,hmm Allah je yang tahu :) So now,aku teringat kata Encik Hasabir time kelas tadi. 

"Tak semua orang dapat peluang untuk masuk program awak ni,ramai lagi nak join tapi tak dapat. Kiranya awak ni untung sebab terpilih. So,pulun habis2 masa 5 tahun ni,belajar betul2 untuk dapatkan license tu"

Haa.. lebih kurang macamtu la kata2 dia. Konklusinya,tersangatlah buang masa kalau aku terlalu memikirkan pasal apa yang orang buat kat aku,layan macam sampah ke.. Biarlah. Dorang dengki tu. Errr.. Ntah la. Haha. Aku bukannya puteri raja pun orang nak dengki2 ni. Yang penting,jumpa dorang senyuuuuum je. 

Haihh,ni la namanya 'GIRLS PROBLEM'. Tak pernah nak habis problem ni. Ish ish ish. Alhamdulillah,kawan2 aku ramai lelaki so takde lah problem touching2 ni. Yes,memang ada hikmahnya I am the only girl dalam class. Yang penting sekali,bukan dorang yang bagi aku license nanti,kan? 

Monday, 14 September 2015

Nak diet!

Hmm.. Ntah kenapa aku rasa mcam gain weight. Adakah sebab aku balik like every week,so asyik makan je kat rumah tu? Hwarghh.. tapi tak kan la nak tolak apa yang mak masak kan? Aduhh.. Haha. Okay.starting from tomorrow aku nak diet. But how? Oh myyy... What to do?

Okayy.. Relax. Chill. Tarik nafas and hembus. Fuuuuhh. Tadi aku baru je balun satu cup maggi (walaupun aku tahu x berkhasiat makan maggi malam2,tp housemate aku kata maggi tu expired esok) so why not kan aku makan? Nanti membazir pulak. Lagipun aku tak dinner lagi. Makk,tolong.. Tiba2 sakit perut pulak. Hwarghh.. But seriously muka aku nmpak tembam sikit. 

So,ni plan diet aku. Hopefully menjadi! (tapi time study ni la kena makan banyak and selalu plan failed sebab stress punya pasal) Arghhhh... xpe2,plan dulu. Ikut atau tak itu lain punya cerita la. Yang penting niat tu daah ada. Usaha? Walahua'lam. hee

1) No  sweet drink accept milo (My fav drink)
2) No rice (Habis tu aku nak makan apa? Mati la aku kelaparan nanti..!)
3) Boleh la makan rice tapi sehari sekali je,tu pun separuh okay?
4) Banyak minum air kosong. (Yang ni memang aku akui dah jarang minum sebab... nak milo jgk!)
5) last makan before 8pm
6) Breakfast : makan kuih
7) Lunch : makan nasi separuh + sayur banyak
8) Dinner : air milo

Ya Allah,tolong la bagi aku kekuatan nak maintainkan diet ni. Walaupun sukan tak termasuk dalam list sebab kelas for a whole day so harap boleh dimaafkan la. huhu. Haa lagi satu. Aircond kat kelas tu sejuk sangat,betul2 buat aku cepat lapar and lesu.  Apa nak buat ek? Kumam gula2,so bagi tak lapar sangat rasa2 menjadi tak? Nanti kencing manis pulak aku. huhu.

You can do it,Aishah. Time ni la kau kena belajar disiplinkan diri tentang makan. Stop makan makanan goreng2,banyakkan rebus atau grill,banyak makan buah and sayur,kurangkan minyak and gula dalam makanan. Haa.. Baru lah sihat. Nanti dah khawin senang sikit control makan,baru lah suami sayang. Ececece.. Okay2,sebenarnya aku nak make sure badan ni fit je sebab bakal engineer kan. ehem ehemm. 

Stress belajar

Assalamualaikum :) Hai semua. err.. siapa ntah 'semua' tu. HAHA. Perasan ramai nak baca je. Okay2,by the way for those yang baca thank you sangat2 (walaupun x mengharap seiapa baca pun,sebab saja2 je berblog ni) *Nampak x tiada matlamat yang jelas disitu. Well,this is me! Who care? Hee

Today I was inpired by Mr. Nordin.  Kata2 memang macam kilat yang menyambar la. Walaupun waktu kelas avionic (electrical dengan dia) rasa macam.. 

"Apa la yang dia ajar niii?"
"Hwarghhhh... Sir,slow2 la ajar. kenapa otak saya lambat pick up nii?'
"Nak nangis je rasa sekarang ni.. Apa BCU GCU semua nii?"
"Sir,saya fed up. Serious. Give me time hadam satu per satu k"

Tapi semua tu mampu cakap dalam hati je.Ya Allah,susah gila subjek ni. Sir pulak memang assume kiteorang ni ingat lagi basic Module 3. Dushh.. "Sir,you just assuming but in fact kami semua dah lupaa" okay,jangan salahkan sir. Siapa suruh kau x revise?? Salah kau la Aishah. Ye ye,salah aku. 

Aku takut. Err kenapa? Sebab firstly,aku belajar ni bawa harapan mak ayah. Secondly,bukan mak ayah jer.. Nenek,pakcik makcik,sepupu sepapat and of course adik aku. Thirdly,i am the choosen one kot terpilih dalam kos ni drp berjuta2 orang yang apply tu. Bak kata Sir Nordin,you must VALUE this course and ada motivation dalam diri to become an LAE within 5 years. PUT YOU EFFORT AISHAH! Jangan la relax sangat. Adoiii..

Okay la,feel motivated sikit. Malas la nak fikir pasal bercinta ni. Kesian mak dengan ayah,cinta aku pun mereka x dapat sepenuhnya lagi. Mana boleh aku nak bagi cinta aku kat orang lain lagi. Belum tentu aku akan bahagia,kan?

Sunday, 6 September 2015

Susah kot nak berjaya

Siapa cakap  senang nak berjaya? Hmm susahkan? Hanya orang yg dah berjaya akan tahu lah betapa banyaknya pengorbanan yang kena lakukan kalau nak btol2 berjaya. Usaha non stop kot. Petang siang malam perah otak,burning oil in the midnight semua tu hmm. Penat? Haaa.. tu baru  sikit. Belum lagi dah kerja nanti,berkeluarga dah ada anak. Hidup,hidup.. Well,Life must go on babe!

Aku pernah rasa susahnya nak achieve something yang kau nak tu. But one thing,kau kena sabar. Tersangat sabar. Tak semua benda atas dunia ni kau boleh dapat dengan mudah. Either dia memang tertulis bukan hak kau ataupun Allah suruh usaha lebih sikit lagi. No pain,no gain right? 

Tapi, kalau kau usaha sekuat mana pun but then Allah yang utama tu kau letak tepi.. I bet you that you will feel the worst feeling ever in order to achive what you want. Tapi kalau kau sertakan Allah bersama,benda tu akan jadi mudah. Not only that,kau akan rasa tenang dan redha bila hasil yang kau dapat tak setimpal dengan usaha kau bagai nak rak tu. Ingat ye kawan, your life is useless without Allah. Over useless. 

Banyak je faktor nak berjaya. Tapi mesti lah kau nak kejayaan kau tu diredhai dan diberkati kan? Kunci utama dia,keep good relationship with your parents. Sebab doa mereka juga asbab kau di permulaan kejayaan. 

Friday, 4 September 2015

Let me start

Assalamualaikum. Hiii ;)
Mungkin orang tertanya2,Aishah buat blog? haha. like seriously la nak buat blog then nak update itu ini? Aishah bukan aircraft engineer to be ke,so of course sibuk. Haha. Relax beb. I have no reason to start blogging but I do actually have a blog before. Meh sini link diberi. www.musafirinsanmencarimardhatillah.blogspot.com. Haa sila lah melawat blog tu. Dah bersawang dah pun but still can read what,semoga berfaedah :)

Aku rasa,by blogging I can story everything. I know that Allah is the best place to share but sometimes kau akan ada rasa macam kau perlu orang dengar cerita kau kan? Tapi aku tau,tak semua orang boleh spend time dengan kau hanya untuk mendengar cerita kau yang cliche tu. Ahaks! Life la,not all people akan ada untuk kau bila susah. Kalau nak menulis pun kekadang perlu mood kot then takde privacy sangat sebab orang akan eager nak tahu apa yang kau tulis. So bila aku story kat sini at least dorang takde lah menyibuk sangat nak tahu unless kalau dia jumpa blog ni. Haha. So from today I start back :) Dengan izin Allah,semoga berfaedah.