Monday, 28 September 2015

Jodoh

Assalamualaikum J
Jodoh. Hmm.. korang pernah tak terfikir nak cari jodoh cepat2? Nak ada rasa orang caring pasal kau, sayang kau, wish gudnite sebelum tidur, say I love you everyday, panggil kau sayang, pujuk kau bila merajuk.. Err,ok.. Hakikatnya aku nak tapi aku geli nak ungkapkan benda tu sekarang. Ya Allah,aku tak tahu lah aku ni normal ke tak :’(

Ye,memang aku nak sangat ada someone special tapi aku yakin yang perasaan ni main2 je. Aku ni remaja,just nak try something new. That’s all. Bila kawan aku couple,aku pun teringin nak cuba. Hakikatnya aku bukan serious sangat pun. Nak test2 je,cucuk jarum cenggitu. Tak ke buang masa macamtu?

Aku susah nak percaya dengan lelaki sekarang. Ye,tu lah hakikatnya. Aku takut dia main2kan aku and aku sendiri tak sure sama ada nanti aku serious ke main2. Aku takut nak accept lelaki but at last dia bukannya jodoh aku tapi sepanjang berkenalan tu aku dah bersayang2 dengan dia.. Tapi tak jadi khawin. Tak ke malu nanti (*_*)

Sekarang ni hati aku susah nak mengiyakan bila orang kata dia suka aku,sayang aku,cinta aku bla bla bla.. Bukannya takde orang yang cakap macamtu,ada je.. Tapi semuanya aku reject dengan bermaruah. Jawapan aku hanya satu.. Kalau ada jodoh takkan ke mana. Betul lah kan?

Mungkin aku tengah usaha nak baiki diri  aku untuk orang yang layak je. Aku nak focus kat life aku yang kucar kacir sebabkan study yang susah giler tu. Aku nak curahkan kasih sayang aku dekat family aku dulu. Mana boleh tiba2 ada seorang lelaki datang dalam hidup aku,janji dengan aku kononnya nak sehidup semati last2 hanya mampu cakap je tu musnahkan segala impian aku. Yang penting,aku takkan biarkan lelaki macamtu musnahkan usaha aku untuk jadi insan hebat di sisi Allah.

Allah,kau tahu apa yang aku rasa. Kau tahu selama ini aku berusaha jaga diri aku daripada cinta manusia yang melalaikan. Aku berusaha ya Allah sehingga tiba waktu yang sesuai. Aku taknak jadi perempuan yang merosokkan iman lelaki,buat mereka lalai dan jauh dariMu. Aku tahu semua itu dosa. Allah,aku taknak terlibat dalam maksiat ini. Aku tak sanggup. Kuatkan hatiku untuk mengejar cintaMu.

Tipu lah kalau aku tak pernah suka orang. Aku pernah je kot. And perasaan tu masih kuat sampai sekarang. Aku pernah cerita pasal dia kat some of my friends. Walaupun its better not to tell anyone if you like him. Tapi kan.. dia dah ada orang lain. Haha. Lawakkan? Don’t worry,aku tak gila pun. Just nak cakap,perasaan aku tak pernah berubah. Sampai bila tu aku tak pasti. Hmm.

Aku pernah tulis cerpen pasal dia dalam satu buku. Banyak sangat yang aku coret dalam buku tu pasal kiteorang but sampai hari ni aku tak jumpa buku tu. Aku tak ingat kat mana aku letak buku tu. Last aku kemas almari buku tu 3 bulan lepas tapi seriously aku hilang ingatan jap kat mana aku letak buku tu.  Aku cuma harap parents aku tak baca buku tu kalau tak mana lah aku nak letak muka ni? Malu kot. Dah la ada nama dia dalam buku tu. Besar lagi aku tulis tau. Buku tu aku buat since aku form 1 lagi.. Masa tu tahun 2009. Lama tak? Hee^^ Lama tu jugaklah aku masih setia dengan perasaan ni. Kalau orang lain masuk meminang aku,mungkin aku lambat la kot nak respond.. Tapi kalau die masuk meminang haha soalan pertama aku.. Mana girlfriend lama awak? Haha. *walaupun gembira. Okay,dah jangan berangan.

Tapi aku dah lama tak contact dia. Biarlah,aku tak kisah. Walaupun aku sayang dia sangat2 tapi tak bermakna dia akan jadi suami aku kan? Aku redha. Di adalah my first love. Orang kata susah eh nak lupakan first love? Hmm,ye la kot. Selepas dia,aku susah nak buka hati ni untuk orang lain. You guys doakan jodoh aku dengan dia eh? Haha. Okay,main2 je lah. Aku tak kisah pun. K la,malas nak fikir pasal jodoh. Nak study. Babai :*


No comments:

Post a Comment