Monday, 21 September 2015

Masak

Assalamualaikum :) Okay,hari ni aku nak  post pasal masak. Masak? Aishah teror masak ke. HAHA.
Boleh lah teror tu sekadar masak campak,baca bismillah semua dengan hati yang sedap.. Then.. TARAAA. Dah siap. Hahaha.. Okay,lawak hambar~

Actually macam ni,semalam aku memang nak target masak untuk my housemate terchenta. Haaa.. Cerita pasal my housemate kan.. Sumpah dorang terlalu baik dengan aku. Farah selalu amek dan hantar aku pergi kelas (Err.. Dia hantar semua la and dia pergi kelas sekali. Hihi) Nak buat macam mana kan,dia je driver bertauliah antara kami. Ainun,Gie n Syawal pulak selalu masak sedap2. Aku makan je apa yang dorang masak. Alhamdulillah aku tak pernah tolak apa yang dorang masak and hopefully selamanya aku makan masakan dorang sebab siapa suruh masak sedap sangat? Haha. Tak lupa juga Farah and Siga. Whatever yang dorang masak aku ngap terus!

Okay2,sambung cerita. Tak kan lah aku asyik nak makan je kan? Kadang2 tu akan timbul rasa serba salah jugak bila kau tak masak walaupun dorang takde lah berkira sangat dengan kau. Huhu. So bangun tidur je,memang aku niat balik kelas ni nak masak! Kat kelas pun asyik fikir je nak masak apa,beli barang apa.. Nampak tak semangat aku tu? Haha. Then,aku just decide nak masak dengan bahan yang ada kat rumah je. So,fikir punya la fikir punya la fikir.. Aku decide nak masak TELUR MASAK KICAP :) Aku nak reka menu sendiri and target nak masak pedas2. Alhamdulillah bahan semua cukup then aku masak je la kat dapur tu. Nak resipi? Rahsia dan hak milik terpelihara. Harap maaf. hihi.

Aku rasa masak tu takdelah sedap mana pun. Seriously,ni bukan #acahacah. Tapi bila tengok dorang bertambah,I AM HAPPY like serious nasi 6 pot boleh habis sebab semua bertambah (actually ada lebihan nasi sikit hee). Dorang takdelah cakap sedap,tapi cukup sekadar korang makan berselera and impian aku nak balas jasa korang yang selalu masak untuk aku tu achieved! Thanks korang. Aku masak apa je korang sanggup makan. Aku terharu. Semoga Allah pelihara korang baik2 dan friendship ni last ever. 

No comments:

Post a Comment